Saturday 11 November 2017

JENIS-JENIS SUMBER AIR

Malaysia menerima jumlah hujan yang tinggi sepanjang tahun iaitu kira-kira 2 500 mm hingga 3 000 mm setahun. Malaysia kaya dengan dua sumber air iaitu air permukaan dan air bawah tanah.


Air permukaan

  • Air permukaan ialah air yang didapati di permukaan daratan.
  • Apabila hujan turun, air hujan akan mengalami beberapa proses hidrologi seperti intersepsi dan infiltrasi.
  • Air hujan akan mengalir di permukaan bumi sebagai air permukaan yang akan sampai ke sistem saliran seperti sungai, empangan dan tasik.
  • Sungai merupakan sumber air utama untuk kegunaan hariann, industri dan sumber pengairan bagi pertanian. 
Antara sungai dan tasik yang membekalkan sumber air utama di Malaysia ialah :
a) Sungai
  • Sungai Kelantan
  • Sungai Rajang
  • Sungai Pahang
  • Sungai Muda
  • Sungai Kinabatangan
b) Tasik
  • Tasik Banding
  • Tasik Kenyir
  • Tasik Bera
  • Tasik Chenderoh

Air Bawah Tanah
  • Air bawah tanah bermaksud air yang tersimpan dalam lapisam tanah atau batuan yang terletak di bawah permukaan bumi.
  • Malaysia mempunyai kira-kira 5000 bilion meter padu simpanan air bawah tanah yang belum diterokai.
  • hanya tiga peratus air bawah tanah yang digunakan di Malaysia.

Proses Kitaran Air


PUNCA KRISIS AIR DI MALAYSIA

  1. Penebangan hutan di kawasan tadahan air
  • Hutan merupakan ekosistem yang penting untuk sumber bekalan air bersih.
  • Penerokaan hutan secara meluas dalam kegiatan pembalakan dan pertanian menjadi punca hakisan tanah.
  • Pemendapan dan hakisan cerun menjejaskan bekalan serta kualiti sumber air.



Penerokaan hutan menyebabkan hakisan tanah



2. Fenomena Cuaca

  • Fenomena cuaca seperti kemarau dan El nino merupakan salah satu punca berlakunya krisis air di Malaysia.
  •  Pada tahun 2016, berlakunya fenomena El Nino yang menyebabkan kemarau di seluruh Semenanjung Malaysia.
3. Pembuangan sampah sarap ke dalam sungai
  • Kebanyakan sungai di Malaysia tercemar dengan sampah dan sisa industri.
  • Berdasarkan pemantauan Jabatan Alam Sekitar pada tahun 2016, sebanyak 229 daripada 4473 sungai di seluruh negara didapati tercemar. 
Pembuangan sampah sarap ke dalam sungai


KESAN KRISIS AIR DI MALAYSIA

1. Kekurangan Bekalan Air Bersih
  • Bekalan air bersih terpaksa dicatu apabila berlaku krisis air.
  • Kekurangan bekalan air juga akan menyukarkan kegiatan harian penduduk dan mengganggu sektor perimdustrian. 
                                       
Catuan Air terhadap penduduk 


2. Kesan ke Atas Tanih
  • Krisis air akan menyebabkan tanah menjadi kering-kontang dan mengubah tekstur tanah.
  • Masalah ini memberi kesan terhadap kegiatan pertanian seperti penanaman padi seterusnya menjejaskan bekalan makanan dan hasil pengeluaran negara.
                                               
Tanah menjadi kering


3. Kepupusan Flora dan Fauna
  • Pencemaran air menyebabkan flora dan fauna mati serta pupus.
  • Kepupusan flora dan fauna akan menyebabkan ketidakseimbangan ekosistem yang dapat mengancam kehidupan manusia.
  • Pencemaran air pula memberi kesan buruk terhadap hidupan akuatik.
                                           
Ikan mati akibat penc


4. Kemudaratan kepada Manusia
  • Penyakit bawaan air boleh menular kepada manusia setelah bekalan air bersih tercemar.
  • Sebagai contoh, penyakit bawaan air ialah taun dan demam kepialu. 


LANGKAH MENGURANGKAN KESAN KRISIS AIR

1. Penguatkuasaan Undang-undang
  • Pihak berkuasa sentiasa memantau pengusaha industri yang sering melakukan pembuangan sisa toksik dan bahan buangan kimia ke longkang dan seterusnya ke sungai.
  • Pemantauan terhadap penggunaan baja kimia dan racun serangga dilaksanakan agar pengusaha pertanian mengikut piawaian yang ditetapkan.
  • Sebagai contoh, penguatkuasaan undang-undang yang melibatkan krisis air adalah Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

2. Pemeliharan dan Pemuliharaan Kawasan Tadahan Hujan
  • Hutan di kawasan tanah tinggi berperanan sebagai kawasan tadahan hujan.
  • Penjagaan dan pengekalan kawasan tadahan hujan penting untuk memastikan sumber air yang selamat dan bersih.
  • Sebagai contoh, kawasan hujan seluas 160 000 hektar di Padang Terap, Kedah merupakan kawasan tadahan hujan bagi Empangan Pedu.

3. Rawatan Air Kumbahan
  • Rawatan air kumbahan ialah proses bahan pepejal yang diasingkan, kenudian dirawat, ditapis dan dilepaskan ke sungai.
  • tujuannya adalah untuk menjadikan air selamat digunakan.
  • Sebagai Contoh, Kerajaan Malaysia menubuhkan Indah Water Consortium (IWK) pada tahun 1994 untuk membangunkan dan menyelenggara sistem rawatan air kumbahan. 

4. Kempen Kesedaran Terhadap Alam Sekitar
  • Kempen tentang pentingnya penjagaan alam sekitar perlu diberikan sejak peringkat awal lagi dengan melibatkan murid-murid dalam pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan alam sekitar.
  • Pelbagai pihak seperti kerajaan, badan bukan kerajaan dan media massa memainkan peranan penting dalam melaksanakan kempen ini bagi menyedarkan orang awam.
  • Sebagai contoh, Kempen Sambutan Hari Sungai Sedunia yang dianjurkan oleh WWF pada 27 September 2015. 

1 comment:

  1. CASINO - Jackson, OK, Casino and Racing - JT Hub
    Get the latest CASINO gaming, entertainment, dining, spa and 포천 출장마사지 more at JT 경기도 출장샵 Hub. Connect 화성 출장샵 with 서산 출장안마 our 화성 출장안마 community and find a way to make a difference.

    ReplyDelete

JENIS-JENIS SUMBER AIR Malaysia menerima jumlah hujan yang tinggi sepanjang tahun iaitu kira-kira 2 500 mm hingga 3 000 mm setahun. Mala...